laman web rasmi pasir mas
Pasir Mas Market 2 by Hisham Salmin.

wooo..balik kg...

bilo lah dapt balik

Potongan-Artikel-Disini

rajin

Posted by Author On Month - Day - Year

carilah bini ore kelate

cikgu bio bunut susu

biologi hokage

cikgu famous

mr elex

pengecara sukan kelate

orang smart bunut susu

sayur2 weh

rajin nego

Potongan-Artikel-Disini

smk bunut susu..smkbs..

sekolah kebangsaaan bunut susu

sekoloh lamo kawe...smkbs...

stesen ketapi pasir mas

menanti kepulangan..

sudah renovate jadi besar dah..

pemain ular pasir mas

berani sungguh..besar lok tu ular

tok keno g sarkas kalu duk pasir mas..

muai thai di pasir mas..

tok keno g thailand doh nak tgk muai thai..

sapo raso keras palo buleh lah try...

pk smk bunut susu kembali sebagai pengetua..

pk hok pandai syaroh..pk terbaik bunut susu..

dulu pk hen kembali skg sebagai pengetua..pk yang pelajar suka..skg bergelar cikgu besar..khairul anuar..selamat kembali ke bunut susu cikgu..

life at pasir mas by sicknessclown.

penginapan budget pasir mas(perlu renovate)

Posted by pasir mas On 1:40 AM

Memang tidak ada hotel di Pekan Pasir Mas. Dalam Daerah Pasir Mas ada rumah penginapan yang boleh dipanggil hotel tetapi tidak di Pekan Pasir Mas sendiri. Yang ada dulu dalam tahun 1960an adalah rumah tumpangan yang dinamakan Sin Ah Hotel. Kini ianya telah dijual kepada seorang kawan sedarjah saya bernama KT Lee yang kemudiannya menjadikannya rumah ini sebagai Kedai Peralatan Letrik.

Sin Ah Hotel berubah Wajah

Sin Ah Hotel berubah Wajah

Sebahagian dari bangunan lama Sin Ah Hotel masih wujud bersebelahan kedai letrik ini dan dapat dilihat didalam gambar dibawah

Bangunan Lama Sin Ah Hotel

Bangunan Lama Sin Ah Hotel

Untuk keperluan penginapan bagi mereka yang berkunjung ke Pasir Mas dan tidak mahu tinggal dihotel-hotel di Kota Bharu atau Rantau Panjang kini wujud beberapa bentuk rumah penginapan yang sesuai dengan bajet dan bilangan pengunjung.

Mengikut tinjauan Pak Zawi tempat tempat berikut adalah sesuai untuk didiami.

Dalam Pekan Pasir Mas.

Guest House Millineum Shop yang terletak dalam Bangunan Majlis Daerah Pasir Mas dimana terletaknya juga Pasaraya Pantai Timur. Dua lantai kedai diatas Millineum Shop dijadikan bilik penginapan yang luas dan selesa tetapi dengan cuma satu bilik bagi setiap lantai sahaja. Ruang luas susuai untuk penginapan anak-anak. Dengan jendela yang banyak penyejukan dengan kipas sahaja yang ada untuk keselesaan penghuni. Pengunjung tua akan sukar mendaki tangga dua tingkat ini justeru tidak digalakkan. Setiap lantai disewa pada kadar RM70.00. Kemudahan tempat makan adalah berdekatan.

Millineum Guesthouse

Millineum Guesthouse

Untuk menghubungi Milleneum Guesthouse sila telefon 013 9830208 dan 013 9810208.

Sebuah lagi rumah penginapan dalam PekanPasir Mas ialah dihadapan Stesyen keretapi Pasir Mas Rumah Tumpangan (Guesthouse). Rumah tumpangan ini juga ditingkat atas kedai pajak gadai Islam Ar Rahn.

Rumah Tumpangan

Rumah Tumpangan

Untuk menghubungi mereka: 017 9614972, 013 9111346, 09 7901346

09 7922502. (En. Zamri)

Kemudahan yang ada 2 bilik dan cuma satu aircond. Hga bilik RM35.00 dan RM45 dengan aircond.

Lokasi dekat dengan tempat makan dan Stesyen Keretapi Pasir Mas.

Sebuah lagi penginapan dalam pekan Pasir Mas ialah dihadapan Pasar Pasir Mas iaitu Penginapan Raja Munirah. Tidak ada butiran lengakap mengenai penginapan ini. Masalah disini ialah tempat meletak kenderaan adalah sukar kerana terlalu hampir dengan pasar dan kedai perniagaan lain.

Hubungi Penginapan ini untuk tempahan pada talian berikut:

09 7907225 019 9580272

Penginapan Raja Munirah

Penginapan Raja Munirah

Di Kampung Mekasar terdapat sebuah lagi rumah penginapan diatas kedai dengan nama ZNA Guesthouse.

ZNA Guesthouse

ZNA Guesthouse

ZNA Guesthouse boleh dihubungi di talian: 019 994611, 017 9113611, 09 7966111

Contact Person: Azhar Abdullah

Harga bilik: 1 Bilik @ RM38.00 sehari, 3 bilik @RM110.00 sehari. Lebih dari 6 orang bayaran RM5.00 seorang sehari.

Menghala ke Tendong iaitu di Kampung Tar Tujuh terdapat sebuah rumah kampung moden yang dijadikan guesthouse dengan nama Bayu Leka. Penginapan ini adalah sebuah rumah kayu yang amat menarik untuk dijadikan penginapan keluarga sementara dalam suasana kampong. Saya cuma dapat meninjau dari luar dan beginilah keadaan rumah tersebut.

Bayu Leka

Bayu Leka

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan ruang tamu lengkap dengan perabut dengan kipas. Dapur disediakan tetapi tanpa periok belanga atau pinggan.

Sewaan adalah pada kadar RM150 sehari.

Laman rumah adalah luas untuk parking kenderaan. Amat baik untuk mengalami hidup dikampung.

Untuk tempahan sila hubungi Puan Rosnani di 09 7908597.

Kampung Salor yang juga dikenali sebagai Seberang Pasir Mas adalah amat strategik kedudukannya diantara Kota Bharu dan Rantau Panjang juga ke Tanah Merah. Jambatan Lemal berhampiran Salor menghubungi semua tempat-tempat itu. Salor kini terkenal dengan tempat makan yang mudah dituju dan makanan yang enak.

Disini terdapat beberapa bunggalow baru yang dijadikan rumah tumpangan dengan pelbagai kemudahan laman luas dan selamat.

Putera Huest House

Putera Huest House

Putera Guest House (Fully furnished) dengan bilik aircond.

Harga RM250.00 perday perhouse (low season). Peak season RM300.00 per day. Pastikan jika tempahan dibuat terlalu awal mungkin tuan dia di KL akan menggunakan sendiri pada hari Raya.

No untuk tempahan: 013 3400409, 019 9811559 – Wan Musa

Zul Guesthouse ialah sebuah lagi bunggalow di Salor. Letaknya sedikit kedalam dari Jalan Raya tetapi dalam keadaan yang damai.

Zul Guesthouse

Zul Guesthouse

Untuk tempahan: 012 9639523, 09 7012743

Rumah 4 bilik tidor dan 2 bilikair ini disewa dengan harga RM200.00 sehari.

Sebuah lagi rumah tumpangan di Salor ialah rumah Pak Cik Manaf. Rumah kembar dua ini didiami sendiri oleh Pak Cik Manaf. Rumah ini berpagar dan masih baru.

Rumah TumpanganPak Cik Manaf

Rumah TumpanganPak Cik Manaf

Rumah tumpangan Pak Cik Manaf mempunyai 3 bilik tidor dan 2 bilik air dan sebuah bilik mandi kegunaan ramai. Semua bilik berkipas.

Harga sewaan adalah RM170.00 sehari. Diskaun akan diberi untuk tempahan banyak hari.

Untuk Tempahan: 09 7012429

Dengan maklumat-maklumat ini diharapkan semua pengunjung ke Pasir Mas atau kawasan berdekatan dengan nya akan dapat mencari tempat penginapan sesuai semasa berkunjung ke sini atau semasa pulang kekampung dan rumah keluarga sudah penuh.

Harga atau maklumat yang diberi adalah mengikut yang diperolehi dan penulis tidak bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan. Tulisan ini adalah untuk membantu semata.

0 Response to 'penginapan budget pasir mas(perlu renovate)'

Post a Comment

mudah

ruangan untuk iklan..

ingin mengiklankan product anda? »
iklan anda akan diletakkan di sidebar..emailkan di alamat di bawah untuk iklan..murah jer..rm5 sebulan..
p_mas84@yahoo.com.my