Persatuan Penjual-penjual Ubat Tradisional Kelantan dimana ahli-ahlinya boleh menjalankan aktiviti mereka tanpa sebarang ganguan dari mana-mana pihak berkuasa. Sudut ini juga tidak digunakan sebagai parking lot kecuali oleh mereka-mereka yang tidak mempunyai kesedaran civic dan meletak kenderaan mereka kerana ianya kelihatan kosong. Sudut ini terletak berhadapan dengan madrasah Jamiah yang bersebelahan stesyen bas lama Pasir Mas. Jika diimbas kembali petak ini adalah berhampiran juga dengan stesen kereta sewa lama.
Keinginan menulis mengenai sudut in sudah lama terpendam di hati Pak Zawi. Dari semenjak pak Zawi menjejak kaki ke Pasir Mas pada tahun 1960 lagi sudut ini menjadi medan penjual ubatan tradisional membuat persembahan bagi menarik penonton dan seterusnya menjual ubat kepada mereka. Kegiatan mereka menjadi hiburan bagi Pak Zawi sebelum ke sekolah yang kebanyakannya adalah sessi petang. Tambahan pula kebanyakan persembahan atau pertunjukkan adalah pada hari cuti sekolah seperti hari Jumaat dan Sabtu. Apa pun penjual ubat ini adalah amat menghiburkan dan mempunyai kesan yang besar keatas hidup Pak Zawi.
Apa yang mengekang hasrat untuk menulis mengenai sudut ini ialah ketiadaan penjual-penjual ubat yang tersohor yang datang berkunjung ke Pasir Mas. Yang kerap membuat persembahan ialah penjual ubat yang bermain dengan ular. Yang paling Pal Zawi tunggu ialah kedatangan Ustaz Ab. Rahman Alabaladi yang masyor dengan dendangan lagu Alabaladi yang dibawa asal oleh penyanyi Mesir Umi Kalthom yang bermaksud Tanah Air Yang Tercinta.
Beberapa hari lepas Pak Zawi telah didatangi oleh sahabt Pak Zawi yang Pak Zawi kenal sebagai Ayah Ku dari blog Syed Halim Jamalullail http://syedhalimjamalullail.blogspot.com. Ayah Ku tahu minat Pak Zawi mengenai penjual ubat yang menggunakan sudut ini dan antara yang Pak Zawi tunggukan ialan Ustaz Ab. Rahman Alabaladi. Ayah Ku memberi tahu bahawa Ustaz Ab. Rahman Alabaladi ada datang ke Pasir Mas pada pagi itu. Tanpa membuang masa Pak Zawi mengambol kamera dan bergegas bersama Ayah Ku ke Pekan Pasir Mas untuk bertemu Ustaz Ab. Rahman yang telah pun siap memasangkan peralatannya dan barang jualan untuk hari tersebut. Malangnya Ustaz Ab. Rahman terlupa membawa dua alatan penting yang menjadi daya tarikan penting untuk persembahan beliau pada hari tersebut. Alatan yang Pak Zawi maksudkan ialah kecapi dan saxaphone yang Ustaz Ab. Rahman rekacipta. Sebenarnya kecapi adalah satu alatan musik traditional yang sudah lama ujud cuma Ustaz Ab. Rahman ubah suai untuk menjadikan sesuai untuk persembahan di khalayak awam yang besar dengan menggunakan amplifier dan speaker. Ikuti cerita mengenai Ab. Rahman Alabaladi selepas Pak Zawi membuat tinjauan ke rumah beliau di Wakaf Baru. Cerita mengenai beliau akan Pak Zawi muatkan dalam LAISI untuk mencapai liputan yang lebih meluas.
Penjual ubat lain yang menggunakan sudut ini adalah kumpulan yang bermain ular bisa yang Pak Zawi pernah tunjukkan gambarnya sebelum ini. Seorang lagi penjual ubat yang membahasakan diri nya sebagai Tok Ayah juga sering menggunakan sudut ini. Malangnya gambar Tok Ayah yang Pak Zawi pernah ambil gambarnya tidak di temui.
Selain itu seorang lagi penjual ubat yang sering berkunjung ialah Pak Cik ini yang Pak Zawi lupa namanya.
Pak Zawi tak ceghak nak sususn gambar dengan wordpress. Terima la dulu dengan keadaan tidak tersusun ini ya.
0 Response to 'penjual ubat tradisional di pasir mas'
Post a Comment