Mereka yang seangkatan dengan Akmal Wiseup mungkin tidak tahu dimana letaknya stesyen bas lama Pasir Mas sebelum ianya ditempat yang ada sekarang. Nanti saya beritahu sebantar lagi.
Lihat sahaja gambar diatas dan dapat kita bayangkan betapa lamanya masa yang telah berlalu yang dapat digambarkan daripada bentuk bas diatas. Bas-bas pada masa tersebut diusahakan oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yang sebelum ini dikenali sebagai North Eastern Transport Services (NETS). Pada masa tersebut jika kita sebut sahaja NETS orang akan tahu maksudnya bas seperti mana kita tahu bahawa Colgate itu ialah ubat gigi.
Jika kita perhatikan bas diatas mempunyai nombor pendaftaran T6163. T pada masa tersebut adalah untuk Kelantan dan Trengganu sebelum D di ujudkan khusus untuk Kelantan dan Trengganu mewarisi abjad T. Bas diatas cuma dibenarkan membawa 20 penumpang. Kalau dialihat pada gambar, jelas sekali bilangannya lebih sekali ganda. Perhati pula nombor telefon Pasir Mas pada masa tersebut cuma 3 angka. Dalam kes ini no telefon Stesyen Bas Pasir Mas ialah 350. Bantuan telefonis sepenuhnya diperlukan untuk membuat sambungan.
Sebuah lagi bas serupa T6162 terlibat dalam satu kemala ngan ngeri di persimpangan keretapi Lati Pasir Mas yang meragutkan banyak nyawa. Sebuah bas yang sarat dengan penumpang kebanyakkannya murid-murid sekolah dirempuh keretapi kerana injinnya mati ditengah landasan keretapi. Hari tersebut ada hari terakhir persekolahan dan ramai yang hendak pulang kerumah. Lepas kejadian itu semua pintasan keretapi wajib di pagar dan Kerajaan pada masa tersebut membelanjakan berjuta ringgit untuk mengadakan pintu lintasan. Cerita kemalangan ini akan saya buat dalam blog yang lain.
Sebenarnya tapak stesyen bas asal terletak disebelah bangunan Jamiah sekarang. Dulunya bangunan Jamiah itu adalah sebuah bangunan kayu yang kecil sahaja jadi lebih luas lah ruang untuk bas berhenti. Tambahan pula pada masa dahulu bilangan bas yang berhenti tidak banyak. Dihadapan stesyen bas itu juga terdapat stesyen kereta sewa.
Tapak stesyen bas yang ada sekarang adalah adalah tanah Keretapi Tanah Melayu yang dahulunya ditanam dengan kelapa yang tidak sebanyak mana hasilnya. Pada masa itu minuman air kelapa muda belum popular. Disini jugalah dimana Sarkas dari seluruh dunia datang untuk membuat persembahan. Ya dulu sering terdapat kunjugan Sarkas dari India, Brazil dan Britain.
Bagi mereka yang seangkatan dengan saya dan pernah menggunakan stesyen bas lama, coretan ini adalah satu imbasan kembali kepada zaman silam dimana Panggung Rex berada ditapak Bangunan Tenaga Nasional sekarang.
0 Response to 'stesen bas pasir mas'
Post a Comment